ISBN: 978-629-97848-2-1
Bil. mukasurat: 454
Tahun terbitan: 2023
Jenis Kertas: Bulky 70gsm
***
Sejak pertemuan dengan si kembar tak seiras, Haneef dan Hadeef, hidup Alara Irdina tunggang terbalik dalam sekelip mata. Satu demi satu kejadian mencemaskan silih berganti mengganggu hidupnya. Entah bagaimana pula, dia tiba-tiba dikaitkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Shadow'.
Tapi... kenapa dia? Apa kaitan dia dengan Shadow sehingga dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh lealaki misteri itu?
"The moment you know the truth, that'll be the end of your life." - Shadow
Lara terpaksa mengorbankan masa depan demi keselamatan dirinya sendiri. Dia harus masuk ke lembah kehancuran demi melindungi orang yang disayanginya.
"Lara, sekali awak masuk kawasan ni, awak tak boleh keluar." - Hadeef Ezri
Dan demi sebuah kebenaran, ada bayaran yang harus dilunaskan. DIa akan terperangkap dalam dunia itu selama-lamanya. Sanggupkah dia?
"When I told you there's no escape after entering our world, there is no really no way out." - Haneef Ezra
Tapi, mengetahui kebenaran itu lebih baik daripada hidup dalam sangkaan yang berpaksikan penipuan, bukan?
Namun, bagaimana pula jika kebenaran itu terlalu... menyakitkan?
***
Kali ini, Effalee mengajak kita mengungkai sebuah misteri yang berlapis-lapis dengan kejutan demi kejutan. Ceritanya lain daripada yang lain. Watak-wataknya 'out of this world'. Namun yang pasti Effalee masih dengan trademark uniknya: lawak dalam serius, serius dalam lawak. – Pingu Toha, Editor
Caj pengeposan ke Sabah dan Sarawak menerusi pembelian di website kami akan dinaikkan dari RM13 (asal) kepada RM15 (baharu) berkuatkuasa 13 Januari 2024.
Untuk makluman, perubahan ini adalah disebabkan kenaikan caj yang dikenakan oleh pihak kurier.Untuk makluman, perubahan ini adalah disebabkan kenaikan caj yang dikenakan oleh pihak kurier.