MOYAINA Tart Nenas Buahan

Tart Nenas satu nama yang tidak asing lagi kepada si penggemarnya. Kudapan ringan yang popular sejak dari dulu lagi. Dulu, kita seringkali dapat menikmati tart nenas hanya bila tibanya musim perayaan Aidilfitri. Kini, seiring dengan peredaran masa tart nenas bukan sahaja dapat dinikmati bila-bila masa, malah ia kini telah mendapat sentuhan baru yang lebih unik.

Special Homemade Tart Nenas Buahan yang cantik, comel, warna yang berkilat, sedap, gebu dan sangat menyelerakan dengan keaslian jem nenas buatan di rumah. Terdiri daripada campuran pelbagai bentuk buahan dengan warna yang berbeza dalam satu bekas memberikan keunikan dan keistimewaan kepada Tart Nenas unik ini.

KEISTIMEWAAN MOYAINA TART NENAS BUAHAN

  • 100% HAND & HOMEMADE COOKIES
  • Adunan menggunakan 100% BUTTER
  • Tekstur tart yang SANGAT LEMBUT dan GEBU
  • KEENAKKAN dan KEASLIAN jem nenasnya
  • Diisi dengan jem nenas yang AMAT MENCUKUPI
  • Bentuk dan susunan campuran pelbagai bentuk buah yang KEMAS dan COMEL
  • Campuran buah dan warna ceria BERKILAT, MENARIK  dan TIDAK RETAK
  • Mempunyai jangka hayat selama 3 BULAN dengan penjagaan yang mudah dan ringkas
  • Tidak perlu disimpan didalam peti sejuk
  • Produk 100% KELUARAN BUMIPUTERA dengan menggunakan bahan mentah yang HALAL dan PEWARNA YANG DIBENARKAN

Amat sesuai dijadikan hidangan di musim perayaan, hamper, hantaran, cenderahati atau doorgift, bunga pahar untuk semua majlis keraian anda seperti majlis pertunangan, perkahwinan, hari lahir, akikah, berendoi cukur jambul, hari sahabat dan sebagainya. Amat sesuai diberikan kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih  yang pastinya amat UNIK dan memberi satu KELAINAN.